Wednesday, 18 March 2015

Resepi Donut Gebu



Assalamualaikum...


       Bismillah~~

Disini saya kongsikan resepi donut yang sangat mudah disiapkan .. 



Bahan2:
500g tepung gandum
250ml air suam
100g majerin
1 paket yis(mauripan)
1 biji kuning telur
1 sk garam
1 sk gula

Cara2

1. Satukan air suam dan gula... kacau hingga gula larut..kemudian masukkan yis dan biarkan ia seketika.
2. sementara itu, satukan semua bahan2 lain.. Gaul hingga sebati..Buat lubang ditengah2,masukkan air tadi..
3. Gaul dan uli hingga doh sebati dan lembut.. Tutup doh selama 1jam atau hingga naik dua kali ganda..
4. Selepas doh dh naik dua kali ganda, tmbuk2 kan doh dan uli sebentar.. 
5. Ambil sedikit doh dan bulat2kan dan biarkan ia sebentar.
6.leperkan doh yg bulat tadi dan lubangkan ditengah2..
7. susun diatas dulang yang telah ditaburkan sedikit tepung supaya tidak melekat ..
8.Biarkan selama 10 minit dan boleh lah digoreng sehingga sedikit kekuningan.
9. toskan minyak dan taburkan gula halus,sedia dihidangkan..


*untuk frozen: goreng donut separuh masak dan sejukkan ..masukkan dalam bekas kedap udara dan simpan dalam peti supaya tahan lebih lama.sekiranya ingin hidang, hanya perlu goreng shj .